Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang
Lidahku kaku tak selicin kuku
Taman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum
Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat
*Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu
Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba meditasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dan berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan
Ulang * 2 kali
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga, ikan koi renang-renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan perkara temeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dan menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Kalau kosong jangan menyamar ada kuasa
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika belok maut
Ulang * 2 kali
Akhirnya sepurna
Mantera beradu
Tuesday, November 4, 2008
Tuesday, October 28, 2008
Princess Yang Kami Sayangi...Ashirah..

Inilah puteri kami pengubat kerinduan di kala kesepian. Apabila melihat anak matamu, ayah dan ibu akan membelai mu setiap masa. Kerenah mu membuat hati kami gunda gulana apabila kau berada jauh dari kami. W ahai Anak..jadilah anak yang solehah terhadap ibu dan ayah yang membesarkan mu. Ayah dan ibu akan memberikan mu didikan yang sempurna untuk kau terus maju dan menjadi seorang anak yang berguna demi agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya ayah dan ibu ingin melihat kau membesar dengan penuh didikan agama dan menjadi seorang anak yang akan membela hidup kami berdua di kala hayat kami dikandung badan. NUHANASHIRAH...Ayah dan Ibu terlalu sayangkan Kamu...
Monday, October 27, 2008
Outing Bersama Si Dia d Bukit Merah Laketown Resort..
Subscribe to:
Posts (Atom)
